doa untuk temuduga

Dalam melakukan apa jua perkara, usaha yang gigih saja belum mampu menjamin sesuatu kejayaan. Usaha tersebut mestilah disusuli dengan doa memohon perkenan Yang Maha Kuasa. Usahlah bersikap ego atau terlalu yakin anda pasti berjaya tanpa meminta dari-Nya.

Ramai dari kita tidak boleh lari dari perasaan cuak, gugup, sakit perut, ketaq kepal lutut, kerap keluar masuk tandas.. macam-macam lagi.

Sebaik-baiknya pada pagi temuduga, buat solat sunat Dhuha, rakaat yang pertama selepas alfatihah baca surah Al Israa’ ayat 78-80. Bagi rakaat kedua selepas alfatihah baca Izaja anasrullah hiwalfaj hingga habis. Sesudah salam baca ayat Al Kursy dan Al Quraisy.

Berikut adalah antara doa untuk temuduga yang baik dibaca sebelum anda masuk ke bilik temuduga.

Sebelum membaca doa ini, adalah lebih baik berselawat terlebih dahulu sekurang-kurangnya 3-7 kali.

doa untuk temuduga

doa untuk temuduga

Maksudnya:

Ya Allah Ya Tuhanku aku memohon kepadaMu akan kebaikan pada pekerjaan ini dan apa-apa kebaikan yang ada padanya. Dan aku berlindung dengan Engkau dari keburukan pekerjaan ini dan apa jua keburukan yang ada padanya.

 

Baca juga Ayat Seribu Dinar

doa untuk temuduga

doa untuk temuduga

Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

 

Sebaik-baiknya anda berdoalah dengan penuh adab dan yakin. Mudah-mudahan doa anda ini dimakbulkan.

Doalah dengan penuh yakin. Doa untuk temuduga ini hanyalah usaha kita dan kita perlu berserah kepada Allah semoga hajat kita dimakbulkan.

InsyaAllah

Selamat berjaya kepada yang menghadiri temuduga.