facebook_pixel

Masih tercari-cari format terkini exam PTD 2016?

Exam PTD yang bakal diadakan pada 19 Januari 2016 ini akan mengalami sedikit perubahan format berbanding dengan exam yang pernah diadakan kali terakhir pada tahun 2014 yang lalu.

Kalau sebelum ini exam PTD tahun 2014 mengandungi 3 seksyen (Seksyen A – Pengetahuan AM, Seksyen B – Penyelesaian Masalah & Seksyen C – Ujian Psikometri), exam PTD pada tahun 2016 hanya mengandungi 2 seksyen sahaja. Penerangan ringkas berkaitan setiap seksyen dalam exam PTD 2016 adalah seperti berikut:

Seksyen A – Pengetahuan AM

Masa: 8.00 malam – 8.40 malam

Tempoh: 40 minit

Jumlah Soalan: 50 soalan

Penerangan Ringkas:

  • Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan┬ásemasa di dalam dan luar negara.
  • Anda boleh jangka soalan-soalan yang kadang kala agak pelik seperti:
    • Pantun
    • Peribahasa
    • Sukan
    • Dunia Hiburan
  • Untuk bahagian ini, saya nasihatkan anda supaya mengambil perhatian segala isu yang berlaku 6-8 bulan kebelakang
  • Ketahui fungsi dan tugas seorang PTD
  • Antara topik yang biasa ditanya:
    • Economic Transformation Programme (ETP) iaitu Program Transformasi Ekonomi
    • National Key Economic Areas (NKEA) – 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional
    • 13 Entry Point Project (EPPs) iaitu yang melibatkan Pembangunan Kedai Format Besar, Program Transformasi Kedai Runcit, Pasar Komuniti dan Pasar Karavan, Pemodenan Bengkel Automotif, Makan Bazaar, Gedung 1Malaysia, Gedung Maya, Pengambilalihan Jenama Asing, Bebas Cukai Malaysia, Resort Sejahtera, Jualan Bersepadu 1Malaysia, Hub Runcit KLIA, Big Box Boulevards.
  • Ambil perhatian juga semua dasar yang diperkenalkan oleh Dato’ Seri Najib sejak menjadi Perdana Menteri.

Contoh Soalan

exam ptd

Seksyen B – Penyelesaian Masalah

Masa: 8.55 malam – 9.40 malam

Tempoh: 45 minit

Jumlah Soalan: 40 soalan

 Penerangan Ringkas:

  • Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:
    • Kemahiran logik
    • Kemahiran Menginterpretasikan Data
    • Konsep matematik

Ketahui lebih lanjut pasal contoh soalan seksyen B di sini:

[+] Contoh Soalan Seksyen B

Ramai yang terkandas masa exam PTD. Memang itulah fungsi kenapa exam atau test ptd ini dilakukan, nak kurangkan calon yang nak jadi PTD. Dari belas ribu orang yang layak menduduki exam ptd, hanya ribuan sahaja yang lepas untuk peringkat seterusnya iaitu untuk ujian PAC. Tapi jangan jadikan diri anda sebagai salah seorang yang terkandas itu, siap kan diri anda!

Jadi apa sebenarnya yang perlu kita baca untuk berjaya dalam exam ptd ni? Sebenarnya hasil perbincangan dengan rakan-rakan yang lain, ianya lebih kepada pengetahuan kita sendiri selain perlu studi sikit la pasal sejarah dan pengetahuan tentang sistem kerajaan. Saya sedang buat list tentang topik-topik yang perlu anda kuasai sebelum menduduki exam ptd yang akan saya kongsikan kemudian hari. Tunggu lah yer!

Tapi secara kasarnya, untuk peperiksaan ptd yang bakal berlangsung pada 19hb Januari ni, anda harus bermula dari sekarang. Banyakkan membaca suratkhabar dan mula catat tentang isu-isu yang timbul sekarang macam masalah tanah runtuh, dasar bioteknologi negara dan sebagainya. Luangkan sedikit masa anda untuk menonton berita di TV dan percayalah masa yang anda luangkan itu merupakan pelaburan yang berharga untuk anda dalam menyiapkan diri anda untuk exam ptd.

Yang paling utama, seseorang yang ingin menjadi PTD harus tahu perkara2 asas tentang negara kita, kerajaan kita. Jangan sampai orang mempertikaikan kredibiliti kita disebabkan pengetahuan kenegaraan kita yang amat sempit sudah la..

Nak tahu lanjut pasal exam PTD?

Daftarkan nama dan emel anda di bawah. Nanti saya akan berkongsi lebih banyak tips dan panduan menjawab exam PTD dalam email.

Daftar ya…