kerja kerajaanBoleh Terangkan Tak Macam Mana Saya Nak Mohon Jawatan Kerajaan Ni?

Saya selalu mendapat email berkaitan soalan soalan seperti di atas. Ramai yang berminat untuk memohon kerja kerajaan masih tidak tahu caranya. Saya ringkaskan dalam artikel di bawah.


1- Bagaimana hendak memohon kerja kerajaan?

Semua permohonan untuk kerja kerajaan hendaklah dibuat meneruis Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan hendaklah dibuat melalui online di www.spa.gov.my.

Anda boleh klik link nie untuk mendaftar dengan SPA == >> http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

**PERHATIAN

Anda boleh download panduan mengisi boring permohonan di sini ==>>Panduan Isi Borang Permohonan

Atau boleh lihat video di bawah:

***anda perlupastikan mengisi borang permohonan dengan TEPAT mengikut Panduan Isi Borang Permohonan di atas supaya permohonan anda BERJAYA DIDAFTARKAN.


2- Yang manakah kerja kerajaan yang sesuai dengan saya?

Untuk mengetahui kerja kerajaan yang mana satu sesuai dengan anda, anda boleh lihat kelayakan jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan anda di link ini ==>> Diskripsi Tugas Kerja Kerajaan Terkini


3- Resume perlu saya hantar sekali ?

Resume dan sijil-sijil sokongan tidak perlu di hantar. Resume dan sijil-sijil hanya diperlukan ketika anda menghadiri temuduga jika dipanggil kelak.


4- Kelulusan saya dari IPTA/IPTS ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia ke?

Untuk memohon menjawat jawatan kerajaan ini , kelulusan akademik anda perlulah di iktiraf oleh kerajaan malaysia. Anda boleh membuat semakan senarai IPTA/IPTS dan program di sini ==>> Senarai Iktiraf
5- Bagaimana Proses Pemilihan calon hingga terpilih menjawat jawatan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia.

Secara amnya begini ;

(i) Tapisan Awal

Calon yang mendaftar secara online dengan SPA akan ditapis permohonannya sama ada memenuhi syarat skim perkhidmatan
bagi jawatan yang dipohon;

(ii) Peperiksaan

Calon yang telah melepasi tapisan awal dikehendaki menduduki peperiksaan bagi menilai pengetahuan am, pengetahuan bidang yang dipohon, daya menyelesaikan masalah dan kemahiran bahasa. Di samping peperiksaan ini, ujian sahsiah dan minat juga diadakan;

(iii) Penilaian kompetensi (Competency Assessment)

Calon yang berjaya melepasi tapisan peperiksaan akan melalui sesi ini. Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon. Calon-calon akan dinilai dari segi kemahiran
berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris atau bahasabahasa lain yang diperlukan, serta penilaian kompetensi yang
diperlukan seperti komitmen, disiplin, teamwork dan lain-lain; dan

(iv) Temu duga

Sesi ini bertujuan menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu jawatan di agensi tertentu. Sesi ini akan
menentu sahkan penilaian yang dibuat di peringkat sesi penilaian kompetensi.

6- Apa kelebihan saya menyandang jawatan kerajaan di Perkhidmatan Awam?

Di antara kelebihan/kemudahan yang diperolehi setelah menyertai perkhidmatan awam adalah seperti Elaun Perumahan, Cost of Living Allowance (COLA), Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), kenaikan gaji setiap tahun, kemudahan pinjaman kenderaan, cuti tahunan mengikut kelayakan, cuti bersalin serta pinjaman perumahan.