SPA baru sahaja mengumumkan keputusan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang diadakan pada 1 November 2014 yang lalu.

Tahniah kami ucapkan kepada ramai calon yang lulus. Kini peringkat seterusnya ialah anda perlu menunggu panggilan temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik. Berdasarkan pengalaman yang lepas, SPA dijangkakan akan mengadakan temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik sebulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

Mengikut daripada maklumat dari program SPA Outreach, pada tahun ini calon akan diuji dengan esei bahasa Melayu dan Inggeris sebelum menduduki temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik. Ini adalah kali pertama ujian esei diadakan sebelum temuduga. Kami rasakan tujuan ujian ini diadakan adalah untuk sekali lagi menapis calon yang benar-benar berkualiti dan layak untuk menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Sebagai persediaan untuk temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik, calon wajib menyediakan dokumen lengkap di bawah ketika menghadiri temuduga:

1.Salinan surat beranak & IC
2.Salinan sijil SPM
3.Salinan sijil STPM/ Diploma
4.Salinan transkrip Ijazah
5.Salinan tawaran biasiswa (jika ada)
6.Resume bergambar
7.Slip gaji terkini
8.Ringkasan Penyataan Perkhidmatan/ Lampiran D (print melalui portal SPA)
9.Pengesahan Ketua Jabatan/ Lampiran A (print melalui portal SPA)
10.Penyata kelulusan harta
11.Laporan penilaian prestasi terkini (pastikan anda “seal” di dalam sampul surat)
12.Sijil-sijil yang asal (susun ikut turutan)

Calon perlu memastikan semua dokumen ini lengkap segera supaya anda tidak mengelabah ketika panggilan temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik diumumkan. Kalau perlu semak berkali-kali 1 hari sebelum temuduga.

Etika berpakaian semasa temuduga seseorang calon itu perlu memakai tag nama, blazer, berkasut tutup dan bertumit. Pakaian mestilah sopan dan formal.

Download Rahsia Bijak Temuduga PTD

Soalan yang ditanya kepada Calon Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Secara jujurnya terdapat berbagai variasi soalan yang akan ditanya kepada calon temuduga ptd ini. Yang paling penting anda menjawab dengan konfiden dan jujur.

Sesi temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik kebiasaannya mempunyai 2 panel iaitu:

  • Seorang wakil dari SPA yang mewakili 70% markah calon temuduga.
  • Seorang lagi wakil dari PTD atau Jabatan yang mewakili 30% markah calon temuduga.

Soalan yang ditanya oleh panel dari SPA yang pernah ditanya kepada calon temuduga ptd yang lepas adalah

1. “please introduce yourself in English” . Calon tidak perlu gelabah semasa ditanya. calon perlu tenangkan diri, tarik nafas dan jawab dengan tenang.
2. Panel akan bertanya apakah kelebihan ataupun keistemewaan anda supaya diserap sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.
3.Apakah tugas-tugas PTD?
4.Berapa bidang PTD?
5.Berapa kementerian yang ada di Malaysia selepas PRU-13. Jawapannya 24 Kementerian termasuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
6.Kementerian mana yang anda ingin bertugas dan kenapa?
7.Adakah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia masih wujud? Ia digabungkan dengan apa dan membentuk kementerian apa?
8.Apa yang anda faham dengan konsep Cepat, Tepat, Intergriti (CTI) dan mengapa ia penting?
9.Apa itu KPI? Anda perlu sebutkan di dalam English iaitu “Key Performance Indicator”
10.What is UTC? Give the Full Name. the functions, the operations hours and agencies.
11.What is SOP? Jawapannya ialah Standart Operation Prosedure.

Di bawah ini pula ialah soalan temuduga PTD yang pernah ditanya oleh panel wakil dari Pegawai Tadbir Diplomatik:

1.Tell me what is the differences of the Tun Dr. Mahathir and Tun Abdullah foreign policy ?
2.Tell me what is the significant and the importance role of foreign policy to a country ?
3.In international economy, what is the approach that had been introduced by Datuk Seri Najib ?
4.Apa perbezaan persekutuan dan negeri ? Bagi contoh bidang kuasa masing-masing ?
5.Ada tak PTD di negeri-negeri ?
6.Jawatan tertinggi PTD di negeri ialah … ?

Sesi temuduga biasanya berjalan sekitar 20-30 minit bagi seorang calon.

Soalan yang bakal ditanya adalah campuran antara bahasa Melayu dan Inggeris. Jadi anda perlu bersedia dan tidak mengelabah apabila tiba-tiba penemuduga tukar bahasa ke bahasa Inggeris.

Anda perlu kelihatan tenang sepanjang sesi temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik ini.

Untuk lebih bersedia, kami cadangkan anda dapatkan ebook ‘Rahsia Bijak Temuduga‘ untuk lebih bersedia dari segi mental dan soalan-soalan yang bakal ditanya, apa yang perlu disediakan sebelum menghadiri temuduga dan apa yang perlu dilakukan ketika temuduga PTD.

temuduga pegawai tadbir diplomatik

Download Rahsia Bijak Temuduga PTD