ramadhan

Salam Ramadhan kami ucapkan dari Tips-Kerjaya.com

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah,
dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya,
bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah
daripada aroma (haruman) minyak kasturi”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan.
Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat.
Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .
Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa?
Lalu mereka semua berdiri.
Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka.
Apabila mereka semua telah masuk,
pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)

Abu Umamah r.a berkata:

“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah!

Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu.
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda:
Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”

(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)

Sabda Rasulullah s.a.w :

“(Allah s.w.t berfirman) :
Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU.
Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU.
Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda
sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa.
Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu)
AKU sendiri yang akan memberi balasannya”

(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa.
Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)