Mengikut kepada jadual terbaru yang dikeluarkan di Portal SPA, sesi temuduga bagi pengambilan pelatih untuk Latihan Separa Perubatan 2015 bakal dilangsungkan bermula 5 April hingga 17 April 2015.

ANDA BOLEH BUAT SEMAKAN LAYAK TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN 2015 DI SINI
[+] TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Tahniah saya ucapkan sekiranya anda berjaya mendapat panggilan untuk menduduki sesi temuduga latihan separa perubatan 2015 ini. Anda boleh teruskan bacaan untuk membuat persediaan menjelang sesi temuduga nanti.

Latihan Separa Perubatan merupakan program yang ditawarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan oleh pihak SPA kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat menceburi bidang kerjaya separa perubatan dalam pelbagai bidang di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Terdapat 10 pilihan bidang latihan peringkat diploma dan 3 pilihan bidang latihan peringkat sijil.

Calon yang terpilih akan menjalani latihan selama 2 ½ tahun (sijil) atau 3 tahun (sijil) di kolej kejururawatan atau institusi yang ditetapkan oleh pihak KKM. Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan menerima elaun bulanan serta beberapa elaun lain.

Pelatih yang LULUS Latihan Separa Perubatan peringkat sijil atau diploma bakal dilantik dalam jawatan (mengikut bidang latihan) dalam KKM untuk menyertai staf paramedik di hospital atau klinik kesihatan kerajaan. Bagi lulusan sijil akan bermula sebagai staf separa perubatan Gred U17/Gred U19, manakala lulusan latihan peringkat diploma sebagai staf separa perubatan Gred U29.

Profesion dalam bidang ini sememangnya memerlukan jumlah tenaga kerja yang ramai dan terlatih dalam menguruskan aspek perubatan, penjagaan diri dan kesihatan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan platform terbaik untuk lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berusia 18 hingga 25 tahun yang berminat menceburi bidang kerjaya di KKM.

Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dijalankan 2 kali setahun, iaitu :

Seisi Januari
Seisi Julai

Tempoh latihan :

Latihan Separa Perubatan Peringkat Diploma : 3 tahun
Latihan Separa Perubatan Peringkat Sijil : 2 ½ tahun

Kesinambungan dari latihan yang ditawarkan ini, pihak KKM telah menubuhkan Bahagian Pengurusan Latihan KKM bagi pihak KKM melatih bakal anggota paramedik untuk Latihan Separa Perubatan peringkat sijil atau diploma.

temuduga latihan separa perubatan

Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan

Berikut merupakan panduan contoh soalan yang biasanya bakal ditanya oleh pihak penemuduga.

1. Cara perkenalkan diri
Perkenalkan dengan ringkas serba sedikit hal berkaitan dengan diri anda. Ceritakan berkaitan dengan keputusan peperiksaan anda dan minat anda. Jangan lupa kaitkan apa yang anda minat tu dengan kerjaya sebagai seorang jururawat.

2. Minat/Hobi
Ceritakan anda sukakan hal berkaitan kesihatan dan menjaga orang yang sakit. Cuba nyatakan dengan terang dan jelas kenapa anda bermminat menjadi seorang jururawat.

3. Mengapa tidak sambung belajar di IPTA
Nyatakan sebab yang munasabah dan ada kaitan dengan minat anda menjadi seorang jururawat. Ini akan memberikan keyakinan kepada penemuduga bahawa anda betul-betul minat untuk menjadi seorang jururawat.

4. Pengalaman kerja terdahulu
Sekiranya anda mempunyai pengalaman kerja nyatakan dengan ringkas. Sekiranya tiada nyatakan dengan jujur kepada mereka.

5. Kenapa mohon jawatan (pilih satu dari 13 bidang)
Terdapat 13 bidang latihan Separa Perubatan:
1. Latihan Jurupulih Perubatan Anggota
2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
3. Latihan Jururawat
4. Latihan Jururawat Masyarakat
5. Latihan Jururawat Pergigian
6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
7. Latihan Juruteknologi Pergigian
8. Latihan Juru X-Ray
9. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
10. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
11. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
12. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
13. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Nyatakan dengan lengkap kenapa anda memilih jawatan tersebut.

6. Mengapa mahu berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia
Ceritakan serba sedikit kenapa anda mahu sangat-sangat berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

7. Nama Menteri Kesihatan/Timbalan/Nama-nama dalam organisasi KKM
Ini antara soalan favourite yang akan ditanya. Pastikan anda tahu serba sedikit hal berkaitan dengan KKM terutamanya nama menteri dan timbalan menteri. Rujuk di sini: Kementerian Kesihatan Malaysia

8. Apa latihan pilihan & mengapa pilih latihan tersebut
Soalan ini lebih kurang dengan soalan no 5 tetapi anda perlu terangkan secara lebih terperinci kenapa anda memilih latihan tersebut.

9. Apakah ciri-ciri seorang (pilih satu dari 13 latihan)
Anda perlu ketahui ciri-ciri seseorang yang menjadi bidang latihan pilihan anda.Contohnya sekiranya anda memilih latihan Jururawat Pergigian, anda perlu tahu ciri-ciri dan tugas-tugas bidang tersebut.

Berminat untuk dapatkan lebih tips dan panduan menjelang temuduga Separa Perubatan?

Masukkan nama dan alamat emel anda di bawah dan saya akan menghantar sebarang tips yang saya dapat menjelang sesi temuduga nanti.

Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan

Untuk rujukan temuduga latihan separa perubatan saya amat cadangkan anda dapatkan rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan kerana ianya ditulis khas untuk mereka yang dipanggil ke sesi temuduga kerja kerajaan termasuklah Latihan Separa Perubatan ini.

Rujukan ini telah ditulis sejak tahun 2008 dan telah membantu ramai calon temuduga kerja kerajaan untuk membuat persediaan dan lulus temuduga dan seterusnya diterima sebagai kakitangan kerajaan.

Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini terbahagi kepada 4 modul:

  • Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan
  • Teknik Menjawab Soalan Temuduga
  • Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga
  • Rahsia Penulisan Resume Temuduga

Anda akan mendapat RUJUKAN PANTAS TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN secara PERCUMA apabila anda membuat belian Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan pakej Premier atau Master.

MUAT TURUN PREVIEW COPY PERCUMA RUJUKAN PANTAS TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN U29 DI BAWAH:

separa perubatan

Capture

 

Pakej Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan & Simulasi Temuduga Separa Perubatan

  • Pakej rujukan ini adalah khas untuk calon temuduga Separa Perubatan sahaja.
  • ‘Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan’ dimuatkan 122 soalan tentang Separa Perubatan mengikut kategori soalan umum dan soalan khusus 10 latihan dalam separa perubatan. Ini penting untuk anda ambil tahu!
  • ‘Simulasi Temuduga Separa Perubatan’ disediakan 10 soalan untuk anda lakukan simulasi temuduga sebelum anda hadir ke temuduga sebenar nanti. Ebook ini menerangkan tujuan soalan ditanya dan tip untuk anda menjawab.
  • Pakej ‘Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan’ dan ‘Simulasi Temuduga Separa Perubatan’ ini TIDAK dijual secara umum. Pakej ini diberi secara PERCUMA kepada pembeli pakej Premier & Master ‘Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan’ sahaja.
  • Pemberian PERCUMA ini hanya SAH sehingga 17 April 2015 sahaja.
  • Beli pakej Premier atau Master ‘Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan’ dan dapat PERCUMA Pakej ‘Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan’ dan ‘Simulasi Temuduga Separa Perubatan’ yang bernilai RM50.