Panggilan temuduga Penguasa Kastam WK41. Anda tentunya sudah menyemak senarai mereka yang layak dipanggil ke temuduga Penguasa Kastam WK41 sesi 2017.
Untuk makluman, tarikh temuduga Penguasa Kastam WK41 akan bermula dari 10 April 2017 hingga 7 Mei 2017.
Pencarian untuk anda yang bakal menjawat jawatan Penguasa Kastam WK41 kini bermula.
Tugas-tugas Penguasa Kastam WK41
Seorang Penguasa Kastam WK41 adalah bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas yang telah di amanahkan seperti :-
- Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas barang-barang yang diimport/eksport
- Memeriksa bagasi penumpang keluar/masuk di pintu-pintu masuk ke negara
- Membuat imbangan daftar muatan
- Mengawal pergerakan barangan yang keluar/masuk di kawasan-kawasan seperti zon bebas cukai, gudang pengilangan berlesen,gudang-gudang berkesan,kilang-kilang eksasis
- Menjalankan tugas sebagai juruwang serta pungutan duti
- Menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan,serbuan, rondaan serta penggeledaan kapal/kenderaan
- Membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa
Perkara Yang Perlu Dibawa Ketika Temuduga Penguasa Kastam WK41
- Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
- Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan)
- Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V) dan Sijil Tamat Persekolahan;
- Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan) dan
- Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
- Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan)
- Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
- Sijil kegiatan luar; (Asal Sahaja)
- Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan)
- Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.
Anda dikehendaki membawa ‘resume’ bergambar yang ringkas dan padat mengandungi maklumat berikut:
- Nama;
- Nombor Kad Pengenalan;
- Sumbangan; dan
- Kebolehan istimewa
Kegagalan mengemukakan dokumen seperti dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan.”Resume” dan salinan fotostat dokumen yang diserahkan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Suruhanjaya.
Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.
Tips Sebelum Hadir Temuduga Penguasa Kastam WK41
- Faham dulu fungsi Kastam Diraja Malaysia contohnya seperti siapa Pengarah Kastam Diraja Malaysia, fungsi kastam, GST dan sebagainya
- Faham tentang jawatan Penguasa Kastam
- Apa tugas mereka
Panduan Temuduga Penguasa Kastam WK41
Seperti mana-mana temuduga, persiapan perlu dilakukan untuk diterima bekerja. Begitu juga untuk temuduga Pembantu Penguasa Kastam. Sehubungan itu, bagi memudahkan dan membantu calon-calon, kami sediakan rujukan khusus khas untuk anda
.
Pasti ramai calon temuduga Penguasa Kastam WK41 tercari-cari mana nak dapatkan rujukan temuduga ini?
Usah risau, kami sedia membantu anda.
Pihak kami dengan kerjasama Tim Infokerjaya ada menyediakan rujukan temuduga Penguasa Kastam WK41 ini.
Pakej ini mengandungi contoh-contoh soalan temuduga Penguasa Kastam WK41, tip-tip dan panduan untuk anda menjawab soalan ini secara online.
Panduan ini khas untuk calon TEMUDUGA PENGUASA KASTAM APRIL 2017. Ebook ini dihabagikan kepada 3 komponen penting;
BAHAGIAN 1: Strategi khusus hadir temuduga kerajaan. Perkara-perkara yang perlu dilakukan dan yang jarang dilakukan!
BAHAGIAN 2: Nota ringkas untuk bantu persediaan anda. Jimat masa. 35+ Nota ringkas
BAHAGIAN 3: Contoh soalan temuduga Kastam. 25 Soalan berserta cadangan jawapan untuk anda dapat gambaran jelas bagaimana soalan sebenar ditanya!
Apa anda perlu buat untuk mendapatkannya? mudah saja sila tinggalkan emel anda (isi form di bawah) dan nanti makluman terus dari pihak kami nanti.
4 Comments
Saya perlukan..
nanti check email ya
saya perlukan
saya perlukan