temuduga

Selepas Temuduga

Kebiasaanya selepas sesuatu temuduga, anda sendiri sudah dapat merasakan sama ada anda layak ataupun tidak.

Walau bagaimanapun keputusan muktamad bukanlah ditangan anda.
Selepas anda balik daripada temuduga anda digalakkan :

1.Menulis surat ucapan terima kasih kepada pihak yang menemuduga anda.
2.Anda juga boleh menyatakan harapan anda.

Sekiranya anda berjaya, anda seharusnya berbangga dengan diri anda sendiri. Sekiranya anda tidak berjaya, semestinya terdapat kelemahan-kelemahan pada diri anda.

Anda seharusnya mencari dan memoerbaiki kelemahan tersebut supaya anda berjaya dalam temuduga yang lain.

Faktor Kegagalan Temuduga:
a)  Tiada perancangan – tidak pasti tujauan / matlamat
b)  Komunikasi : Sukar mengemukakan sesuatu, gagal menjawab soalan
c)  Tidak berkelayakan
d)  Tidak mempunyai pengetahuan tentang organisasi
e)  Menunjukkan sikap kurang berminat terhadap organisasi
f)  Tidak mahu ditempatkan ke cawangan-cawangan lain
g)  Penampilan yang keterlaluan, agresif dan angkuh
h)  Hanya menunjukkan minat terhadap wang dan faedah
i )  Tidak menunjukan minat dan kesungguhan
j )  Tidak menepati masa
k)  Penonjolan penampilan dan peribadi diri yang tidak menarik
l )  Dokumen-dokumen yang kotor dan tidak teratur