Secara amnya, tugas dan tanggung jawab dalam kerjaya jururawat dibahagikan kepada 3 yang utama iaitu, primer, sekunder dan tertier. Bidang kejururawatan memerlukan sekumpulan pasukan profesional yang responsif dan dinamik terhadap dasar kesihatan negara. Hal ini dipandang serius kerana bidang ini memainkan peranan utama dalam perkhidmatan kesihatan di Malaysia.

Menerusi budaya kasih sayang yang dipraktikkan, setiap jururawat yang bertugas dapat menyumbangkan kemahiran kejururawatan, kerja berkumpulan yang efisien, berkesan dan profesional, selari dengan perkembangan teknologi yang terkini.

jururawat

Perkhidmatan Primer Jururawat

Perkhidmatan ini meliputi rawatan dan kecemasan di lokasi seperti fasiliti kesihatan yang mengutamakan perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan ibu mengandung, penjagaan kesihatan ibu selepas bersalin, perbidanan di rumah, kesihatan bayi dan kanak-kanak 6 tahun ke bawah meliputi imunisasi, perkhidmatan kesihatan di sekolah, pemakanan ibu dan kanak-kanak termasuklah perancang keluarga.

Fokus dalam wawasan kesihatan telah menumpukan kepada penyakit dan kesihatan sekaligus menyedarkan masyarakat untuk membudayakan hidup dengan sihat. Fokus ini meliputi kesihatan dewasa, kesihatan remaja, kesihatan warga tua, kesihatan mental dan kesihatan pekerjaan.

Selain itu, fokus turut diberikan kepada perawatan di rumah ibu lepas bersalin, penjagaan kesihatan di kediaman, pemakanan, kesihatan wanita dan reproduktif, kesihatan orang kelainan upaya (kanak-kanak keperluan khas), kebidanan di pusat bersalin alternatif, fungsi baru kesihatan ibu dan anak serta Wellness Clinic untuk lelaki dan perempuan.

Perkhidmatan perubatan sekunder dan tertier

Kedua-dua perkhidmatan ini boleh dikategorikan kepada :

  • ¬†Perkhidmatan pengkhususan. Ia merangkumi bidang-bidang kecemasan, rawatan rapi, anestesialogi, traumalogi dan hemodialisis.
  • Perkhidmatan kepakaran dan sub kepakaran. “Evidence Based Delivery” digunakan untuk menghasilkan jururawat yang kritis dalam jagaan perawatan. Hasil daripada perkembangan bidang perubatan, beberapa kepakaran jururawat diwujudkan bagi memenuhi keperluan perubatan sekunder dan tertier ini. Ini termasuklah Oncology Nursing, Abulatory and Stroke Management in Nursing, Emergency/Trauma Nursing dan Cardiothotacic/Cardiology Nursing.

Anda dipanggil untuk temuduga jururawat?

Dapatkan ebook PERCUMA¬†‘Tugas & Tanggungjawab Kerjaya Jururawat‘ dengan klik gambar di bawah.

jururawat